KESIMPULAN
Kesimpulannya,
Daripada contoh-contoh yang dijelaskan bahawa semangat kejiranan
adalah amat penting dalam kehidupan kita seharian. Jadilah jiran yang baik dan
bertanggungjawab. kita perlu memupuk semangat kejiranan dalam kalangan
penduduk setempat.
Dalam era
globalisasi ini, sikap mementingkan diri sendiri dan sikap tidak mempedulikan
orang lain semakin menebal seperti yang terkandung dalam pepatah Melayu “bagai
enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing”.Jika hal ini dibiarkan,
semangat kejiranan akan luntur dan seterusnya akan menjejaskan perpaduan
negara. Ada pepatah yang mengatakan bahawa “bersatu kita teguh, bercerai kita
roboh”.Oleh itu, dengan meningkatkan semangat kejiranan, perpaduan akan
bertambah utuh dan teguh.
Jadi, dalam
setiap masa, kita mestilah sentiasa berusaha untuk memastikan semangat
kejiranan sentiasa terpelihara supaya negara kita sentiasa aman, harmoni dan
sejahtera, usaha memperkukuh tradisi hidup berjiran yang harmoni menjadi aset
penting untuk membentuk sebuah negara yang maju dan selamat.
Tradisi hidup
berjiran yang saling membantu dan mengambil tahu antara satu sama lain perlu
dihidupkan semula bagi memastikan kejadian yang menggugat keharmonian dan
kesejahteraan masyarakat tidak berlaku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan