Isnin, 6 Februari 2017

MUKA HADAPAN

DUA 6022

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

“ AMALAN SEMANGAT KEJIRANAN PENTING DALAM MENGURANGKAN KADAR JENAYAH  SETEMPAT
SESI DIS 2016
DET6A




DISEDIAKAN UNTUK     :  EN MARZUKI BIN SEPIAAIL
JABATAN                          :  PENGAJIAN AM 




NAMA
NO MATRIK
SAFIQ IZWAN BIN SAMSUL
15DET14F1003
AMIRUL SYAFIQ BIN MOHD FAIZ
15DET14F1016
AHMAD SHAUQI BIN SUHAIRI
15DET14F1005
AHMAD RASYDAN BIN MUHAMMAD HISHAM
15DET14F1029
MUHAMAD SYAHHIR IKHWAN BIN MOHD SHOIB
15DET14F1017
HAZWAN BIN HAZMAN
15DET14F1034

ISI KANDUNGAN


                                                               
NO
ISI KANDUNGAN
1
MUKA HADAPAN
2
ISI KANDUNGAN
3
PENGENALAN 
DAN OBJEKTIF
4
ENAM CARA KEKALKAN HUBUNGAN BAIK
5
HURAIAN ISI
6
KESIMPULAN
7
SUMBER RUJUKAN
8
LAMPIRAN

PENGENALAN DAN OBJEKTIF

Secara fitrahnya, manusia tidak boleh seorang hidup diri atau mengasingkan diri. Oleh itu, Islam telah menekankan tentang  kepentingan menjalinkan hubungan dalam kalangan masyarakat sekeliling. Hubungan yang baik dapat membentuk sifat saling membantu, bekerjasama, saling menyayangi, menghormati dan sebagainya.
Islam amat menitikberatkan hubungan kejiranan. Kejiranan tidak mengenal erti perbezaan kaum kerana ia bergantung kepada tempat yang didiami oleh seseorang itu. Dalam konteks Islam, umat Islam hendaklah saling menghormati antara satu sama lain walaupun berbeza kaum.
Islam membahagikan jiran itu kepada tiga bahagian. Sabda Nabi SAW yang bermaksud :


"Jiran itu  ada tiga macam. Jiran yang mempunyai satu hak, jiran yang mempunyai dua hak dan jiran yang mempunyai tiga hak. Jiran yang mempunyai tiga hak ialah jiran yang muslim yang berkerabat, maka baginya hak jiran, hak muslim dan hak kerabatnya. Adapun jiran yang mempunyai dua hak ialah jiran muslim, di mana haknya ialah hak jiran dan sebagai orang muslim. Manakala jiran yang mempunyai satu hak ialah jiran yang musyrik atau kafir."


OBJEKTIF SEMANGAT KEJIRANAN

  • ·        Dapat membantu melahirkan anggota masyarakat yang harmoni, mempunyai jati diri dan  semangat cinta akan negara.
  • ·        Pelbagai aktiviti berbentuk pemupukan nilai-nilai patriotisme dapat diimplimentasikan di dalam diri setiap masyarakat.
  • ·        Dapat menunjukkan semangat hidup berjiran dalam kalangan masyarakatnya . Maka sangat berfaedah dan membawa pulangan ekonomi yang begitu memberangsangkan kepada negara.
  • ·        Kejiranan amat penting didalam pembentukkan tamadun Islam selepas pembentukan sahsiah individu dan keluarga.


DEFINISI DAN PEMBAHAGIAN JIRAN

DEFINISI

·        Dari segi bahasa, jiran berasal daripada bahasa Arab yang membawa pengertian orang yang tinggal bersebelahan atau tetangga.
·        Berjiran pula membawa maksud orang yang tinggal berhampiran dengan rumah seseorang bertetangga.
·         Kejiranan pula orang yang berhubungan dengan jiran atau hidup sebagai jiran.


PEMBAHAGIAN JIRAN

·         Jiran beragama islam yang mempunyai pertalian darah.
·          Jiran beragama islam yang tidak mempunyai pertalian darah.
·          Jiran bukan beragama islam.

                      



ENAM CARA KEKALKAN HUBUNGAN BAIK

ENAM CARA KEKALKAN HUBUNGAN BAIK

 

Kemakmuran sesebuah negara amat bergantung kepada sejauh mana kemantapan dan keutuhan hubungan dalam setiap lapisan masyarakatnya.Hubungan yang erat antara sesama anggota masyarakat merupakan antara ciri-ciri masyarakat yang berkualiti, iaitu sebuah masyarakat yang bukan sahaja berjaya mewujudkan suasana harmoni dan aman sesama mereka, bahkan menjadi aset paling penting kepada negara.Menyedari hakikat inilah maka Islam awal-awal lagi telah menekankan betapa pentingnya menjalinkan hubungan yang erat di kalangan masyarakatnya.Suruhan tersebut tidak hanya terhad kepada sesama masyarakat Islam sahaja, malahan melepasi batas agama, bangsa, keturunan, warna kulit, bahasa dan sebagainya.Mengapa kita perlu berjiran? Islam amat menitikberatkan hubungan kejiranan kerana ia adalah salah satu daripada cara hidup Islam.
Dalam konteks kejiranan, umat Islam berkewajipan mengekalkan hubungan baik dan mesra sesama mereka.Ini kerana, ia memainkan peranan yang amat penting dalam menjana satu kehidupan setempat yang aman dan harmoni yang boleh memberi kemudahan, kelapangan dan jalan keluar bagi satu-satu kesulitan atau masalah.Tuntutan supaya menjalinkan hubungan baik sesama jiran dijelaskan dalam firman Allah s.w.t. yang bermaksud: ``Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh, orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki.'' (An-Nisa : 36)
Bagi memantapkan hubungan kejiranan dalam masyarakat, maka semestinya terlebih dahulu kita menyedari keperluan dan kelebihan hidup berjiran. Di antaranya:

1.     BANTUAN KETIKA KECEMASAN

Jiran adalah orang yang paling hampir dengan tempat tinggal kita. Segala perkara yang berlaku ke atas diri kita, ahli keluarga, harta benda dan sebagainya terlebih dahulu diketahui oleh jiran. Justeru, jiran adalah orang yang paling dekat untuk memohon pertolongan pada saat kita ditimpa bencana atau musibah seperti kebakaran, kecurian, kemalangan, kematian dan lain-lain. Alangkah beruntungnya mereka yang mempunyai jiran yang sedia menolong pada bila-bila masa. Pertolongan seperti inilah yang amat diperlukan pada masa kecemasan, sementara menunggu bantuan pihak-pihak berwajib atau sanak saudara. Hanya jalinan dan kemesraan yang kuat antara jiran akan dapat melahirkan suasana seperti ini.

2. MENAMBAH KENALAN
Mempunyai jiran yang berbeza latar belakang seperti pekerjaan, pendidikan, agama, bangsa, keturunan, budaya, adat resam dan sebagainya akan menambahkan lagi pengetahuan dan kenalan kita. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: ``Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenali.'' (Al-Hujurat : 13)
Mempunyai kenalan yang ramai dan rapat lebih-lebih lagi hidup berjiran banyak memberi manfaat kepada kita. Di antaranya mendapat tunjuk ajar dan nasihat dalam sesuatu bidang ilmu atau kepakaran lain yang dimiliki oleh jiran kita.

3. MENJAMIN KESELAMATAN SETEMPAT
Jiran yang sepakat dan bersatu padu mampu menjamin keselamatan kawasan setempat daripada sebarang ancaman kecurian, pecah rumah, penyalahgunaan dadah, penculikan, samseng dan sebagainya.
Ini dapat dilakukan sama ada melalui Rukun Tetangga, Jawatankuasa Keselamatan Kawasan atau kempen-kempen kesedaran. Budaya bantu membantu seperti inilah yang sangat dikehendaki oleh Islam seperti firman Allah s.w.t. yang bermaksud: ``Bertolong-tolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan ketakwaan dan janganlah tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran.'' (Al-Maidah : 2)

4. MENJAGA KEHARMONIAN MASYARAKAT

Segala perkara yang mencemar keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dapat dicegah dengan semangat kerjasama, prihatin dan kesatuan sesama jiran. Gejala-gejala sosial seperti khalwat, penderaan kanak-kanak, dan banyak lagi kes-kes jenayah dapat dibendung jika jiran memainkan peranan dan mengambil inisiatif melaporkannya kepada pihak berkuasa.
Adakah kita perlu menunggu sehingga gejala tersebut menimpa ke atas ahli keluarga kita, barulah kita hendak memperkukuhkan hubungan sesama jiran?
Bukankah elok dan bijak sekiranya kita beringat sebelum terjadi, bak kata pepatah Melayu `sediakan payung sebelum hujan'.
Oleh itu, membina ikatan yang kuat sesama jiran adalah syarat utama bagi menjamin keharmonian masyarakat dan kawasan yang kita diami.

5. MENJAGA KEBAJIKAN PENDUDUK SETEMPAT

Jiran yang hidup dalam suasana bekerjasama dan mengambil berat antara satu sama lain, sudah semestinya dapat menjana satu program atau aktiviti yang menyumbang kepada kebajikan masyarakat setempat.
Pelbagai jawatankuasa boleh diwujudkan seperti jawatankuasa kemajuan pembelajaran anak-anak, jawatankuasa pembangunan insan dan lain-lain bagi tujuan menganjurkan aktiviti-aktiviti berfaedah seperti kem motivasi, program jati diri dan sebagainya.
Kesemuanya ini menjadikan kebajikan masyarakat setempat sama ada anak-anak, para remaja, ibu bapa dan sebagainya sentiasa terjamin dan terpelihara.
Sudah semestinya, rahsia kejayaan program ini terletak kepada persepakatan dan persefahaman yang mantap sesama jiran sebagaimana yang dinyatakan di dalam firman Allah s.w.t. yang bermaksud: ``Dan urusan mereka dijalankan secara bermusyawarah sesama mereka.'' (Al-Syura : 38)


6. MEMUPUK PERPADUAN

Perpaduan antara kaum adalah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara kita. Tanpa perpaduan, negara akan berada dalam keadaan kucar-kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup dalam aman dan damai.
Bagi mempastikan perpaduan dan kemakmuran ini kekal, ia perlu dimulai dengan hubungan baik sesama jiran. Jiran yang baik adalah jiran yang berjaya memupuk semangat toleransi, percaya mempercayai dan perkongsian bijak antara mereka.
Sekiranya ini diabaikan, maka lambat-laun ia akan mencetuskan bibit-bibit permusuhan dan perkauman yang akhirnya merebak kepada huru-hara, perpecahan dan perbalahan.
Maka kesimpulannya, jelaslah kepada kita bahawa betapa penting dan besarnya peranan jiran dalam menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara.
Impian mempunyai jiran yang baik tidak akan terlaksana sekiranya kita sendiri belum menjadi seorang jiran yang baik terlebih dahulu.   

Kehidupan yang mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t. juga adalah kehidupan yang sentiasa dikelilingi dengan kebaikan dan kesejahteraan serta jauh daripada anasir kerosakan dan kebinasaan.

sumber: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=0604&sec=bicara_agama&pg=ba_01.htm&arc=hive

HURAIAN ISI

HURAIAN ISI

 

Meninjau skop yang lebih luas, tunggak utama untuk membangunkan semangat kejiranan ialah masyarakat. Pada realitinya, sesebuah masyarakat perlu menjalankan aktiviti yang selaras dengan usaha untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat  . Hal ini demikian, masyarakat sesebuah kawasan mampu mewujudkan pelbagai inisiatif untuk menjadikan hubungan kejiranan semakin erat.
Masyarakat perlu mengaktifkan program Rukun Tetangga. Dalam konteks ini, pelaksanaan Rukun Tetangga merujuk kepada program yang melibatkan masyarakat untuk bekerjasama dalam menjaga keamanan sesebuah masyarakat. Dalam hal ini juga, Rukun Tetangga boleh melibatkan anak-anak muda untuk kegiatan yang berfaedah ini daripada menghabiskan masa secara berfoya-foya yang boleh meruntuhkan akhlak mereka.
Sesebuah masyarakat yang progresif menunjukkan bahawa masyarakat tersebut mempunyai nilai-nilai murni yang penuh dalam jiwa. Memang tidak dapat dinafikan pelaksanaan Rukun Tetangga boleh melahirkan individu yang bertanggungjawab seterusnya mampu membentuk masyarakat yang berjiwa murni.
Dalam hal ini juga, ada sesetengah masyarakat mempertikaikan pelaksanaan seperti ini sama ada ia dapat berjalan lancar ataupun tidak. Memang wajarlah kita mempercayai bahawa masyarakat sebegini perlu diterapkan dengan nilai-nilai murni sejak peringkat awal lagi.


Allah swt menyebut di dalam Al-Qur’an :

وَاعْبُدُوا اللَّهَ وَلاَ تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا وَبِذِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينِ وَالْجَارِ ذِي الْقُرْبَى وَالْجَارِ الْجُنُبِ وَالصَّاحِبِ بِالْجَنْبِ

“Sembahlah Allah dan janganlah mensyirikkan-Nya dengan sesuatu dan berbuat baiklah kepada kedua ibubapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang miskin , jiran tetangga yang berhubungan dekat atau yang jauh dan rakan teman..” (An-Nisa : 36).

Antara perkara yang dapat dicadangkan selain yang dinyatakan, penduduk kawasan perumahan perlu menganjurkan aktiviti kemasyarakatan seperti bergotong-royong untuk membersihkan kawasan kediaman. Yang paling nyata pada hari ini, aktiviti bergotong-royong masih lagi diamalkan dan memang wajar diamalkan oleh setiap penduduk.
Dalam menempuh era berteknologi ini, kita dapat menyaksikan bahawa semangat bekerjasama dalam kalangan masyarakat semakin rapuh. Oleh itu, memang tidak dapat dinafikan bahawa aktviti kemasyarakatan sememangnya sedang menempuh cabarannnya. Hal ini kerana, untuk mendirikan sesebuah masyarakat yang aktif melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan memerlukan kerjasama dan kerpercayaan antara penduduk.
Oleh itu, kepercayaan dan kerjasama antara penduduk diperlukan untuk melancarkan aktiviti kemasyarakatan ini. Tegaslah bahawa masyarakat perlu menyedari amalan bekerjasama dalam menjalankan aktiviit meliputi semua masyarakat memerlukan kerjasama dan kepercayaan penduduk yang  kukuh .

Tidak ada kusut yang tidak terlerai, tidak ada keruh yang tidak jernih. Oleh itu, kata sepakat seia sekata perlu diambil oleh pelbagai pihak untuk berganding bahu melaksanakan langkah-langkah untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat. Jika semua pihak berganding bahu ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, Insya-Allah langkah-langkah yang dilaksanakan akan memperbuahkan hasil yang lumayan dan jelas dilihat untuk tatapan masyarakat pada hari ini.

Usaha yang dilaksanakan itu perlulah bersungguh-sungguh bak mutiara kata genggam bara api biar sampai jadi arang agar usaha ini bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam mehupun melepaskan batuk di tangga sahaja malahan menjadikan usaha-usaha ini sebagai pendorong untuk masyarakat berjaya dalam kemajuan sosial. Besarlah harapan kita untuk menyaksikan usaha-usaha ini memberi kesan yang berlarutan kepada masyarakat untuk diamalkan agar negara kita terus disegani dan dicontohi oleh masyarakat dunia.

sumber : http://zaizak69.blogspot.my/2015/10/usaha-usaha-memupuk-semangat-kejiranan.html

KESIMPULAN

KESIMPULAN

Kesimpulannya, Daripada contoh-contoh  yang  dijelaskan bahawa semangat kejiranan adalah amat penting dalam kehidupan kita seharian. Jadilah jiran yang baik dan bertanggungjawab.  kita perlu memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat.
Dalam era globalisasi ini, sikap mementingkan diri sendiri dan sikap tidak mempedulikan orang lain semakin menebal seperti yang terkandung dalam pepatah Melayu “bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing”.Jika hal ini dibiarkan, semangat kejiranan akan luntur dan seterusnya akan menjejaskan perpaduan negara. Ada pepatah yang mengatakan bahawa “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”.Oleh itu, dengan meningkatkan semangat kejiranan, perpaduan akan bertambah utuh dan teguh.
Jadi, dalam setiap masa, kita mestilah sentiasa berusaha untuk memastikan semangat kejiranan sentiasa terpelihara supaya negara kita sentiasa aman, harmoni dan sejahtera, usaha memperkukuh tradisi hidup berjiran yang harmoni menjadi aset penting untuk membentuk sebuah negara yang maju dan selamat.

Tradisi hidup berjiran yang saling membantu dan mengambil tahu antara satu sama lain perlu dihidupkan semula bagi memastikan kejadian yang menggugat keharmonian dan kesejahteraan masyarakat tidak berlaku.